CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 17, 2008

Pembangunan Lestari

Pengenalan Kepada Pembangunan Lestari

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T.Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP). Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah.RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan jangkamasa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan disamping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.

SUMBER : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

0 comments: