CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 13, 2008

MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MDHS adalah hasil gabungan Lembaga Bandaran Rawang , Majlis Tempatan Kuala Kubu Bharu dan Majlis Tempatan Kalumpang. Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km persegi yang meliputi 13 mukim .

Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:-

1.Hulu Bernam
2.Kalumpang
3.Kerling
4.Kuala Kubu Bharu
5.Rasa
6.Batang kali
7.Hulu Yam
8.Serendah
9.Sg. Choh
10.Bandar Baru Bukit Beruntung
11.Bandar Baru Bukit Sentosa
12.Bandar Baru Sg. Buaya
13.Bandar Lembah Beringin

VISI, MISI DAN DASAR KUALITI

VISI

Menyediakan satu kawasan dan perbandaran yang maju, berteknologi tinggi dan mesra alam.::

MISI

Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni, selesa dan makmur.::

Dasar Kualiti MS ISO 9001:2000

Majlis Daerah Hulu Selangor berazam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti serta penambahbaikan yang berterusan demi kepuasan pelanggan.

DASAR KUALITI
Dasar Kualiti MDHS adalah seperti berikut:-"Majlis Daerah Hulu Selangor berazam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti demi kepuasan pelanggan."

OBJEKTIF KUALITI

Mewujudkan suasana serta kualiti hidup yang tinggi didalam kawasan Majlis.Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan sempurna bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pesat.Menjadikan kawasan majlis kesihatan bersih ,indah ,tersusun ,makmur dan menjadi yang terbaik dalam semua aspek.Meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian didalam kawasan majlis.


Objektif Majlis Daerah Hulu Selangor

Memberi dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan awam dan perbandaran kepada semua penduduk, peniaga dan industri dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor bagi meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan selaras dengan peruntukan serta hasrat Akta 171 ( Akta Kerajaan Tempatan 1976 ).

ORGANISASI MDHS

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan pengursan tenaga manusia yang berdaya saing serta berdaya maju selaras dengan kehendak organisasi.

Bahagian Perhubungan Awam
Menyediakan maklumat, memberi penerangan serta promosi berkaitan aktiviti-aktiviti dan program Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Melayani aduan dari orang awam dan memberi laporan dan memastikan tindakan telah diambil terhadap setiap aduan.

Bahagian Teknologi Maklumat
Menyelaraskan dan mengawal pembangunan ICT di Majlis Daerah Hulu Selangor

Bahagian Perlesenan
Merancang serta mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti.

JABATAN PERBENDAHARAAN
Membentuk imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan bajet, kewangan dan perakaunan yang cekap dan berkesan.

JABATAN PENILAIAN
Memastikan setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor dinilai mengikut peruntukan perundangan bagi tujuan mengenakan cukai taksiran.

JABATAN KEJURUTERAAN
Memastikan pembangunan projek Majlis dan kemudahan awam di kawasan Majlis dibina dengan aspek kejuruteraan dan diselenggara sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk.

JABATAN PERANCANG BANDAR
Mewujudkan perancangan pembangunan dan kawasan rekreasi yang terancang serta indah untuk memberikan keselesaan dan kemudahan berkualiti kepada penduduk Majlis Daerah Hulu Selangor.

JABATAN PERSEKITARAN DAN KESIHATAN
Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap, bermutu dan memuaskan supaya kawasan Majlis sentiasa bersih, kesihatan awam terjamin serta kawasan Majlis menjadi tempat yang selesa, harmoni dan sejahtera.

JABATAN BANGUNAN
Memastikan pembangunan yang dibina selaras dengan perancangan dan spesifikasi agar bangunan berkualiti.

JABATAN UNDANG-UNDANG
Melakukan pindaan undang-undang mengikut peredaran masa perlu dilaksanakan agar Undang-undang Kecil sedia ada tidak lapuk atau ketinggalan zaman. Penyelidikan mengenai undang-undang kerajaan tempatan juga dipertingkatkan agar nasihat dan pandangan undang-undang dapat diberikan dengan tepat dan teratur. Ini adalah kerana masyarakat hari ini lebih peka kepada hak dan tanggungjawab mereka.

JABATAN PENGUATKUASAAN
Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang digunapakai di Majlis Daerah Hulu Selangor demi kepentingan dan keselesaan umum.

KOMPOSIT PENDUDUK

Komposit penduduk mengikut kaum di Hulu Selangor

Jumlah penduduk : 174, 800 orang (2003)

Melayu : 81,701 Orang (47%)
Cina : 49,664 Orang (29%)
India : 24,857 Orang (14.4%)
Lain-lain : 7,662 Orang (4,4%)
Bukan warganegara : 8,916 Orang (5.2%)