CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

BAHAGIAN C : RANKING TAHAP KEEFISIENAN BANDAR MENGIKUT KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Rank 1-Paling efisien ; Rank 13-Paling tidak efisien

Daripada graf bar di atas, didapati majoriti daripada responden yang dipilih meletakkan bandar Kuala Kubu Bharu di rangking yang paling tidak efisien iaitu di rangking yang ke-13.Ini dapat dilihat pada graf yang berwarna merah dalam graf bar di atas. Peletakan bandar Kuala Kubu Bharu di rangking yang paling tercorot agak memeranjatkan kumpulan kami kerana Kuala Kubu Bharu merupakan bandar utama di kawasan kajian kami iaitu daerah Hulu Selangor. Majoriti responden yang dipilih juga merupakan penduduk asal di daerah Hulu Selangor. Peletakan Kuala Kubu Bharu di tempat yang tercorot berbanding dengan bandar-bandar yang lain dapat dikaitkan dengan keadaan persekitaran bandar itu sendiri. Kuala Kubu Bharu jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka merupakan sebuah bandar yang mempunyai kadar pertumbuhan yang agak perlahan. Peluang-peluang pekerjaan tidak banyak dapat disediakan disamping kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal yang tidak rancak. Justeru itu, ini mungkin merupakan antara penyebab mengapa penduduk di daerah Hulu Selangor sendiri meletakkan bandar mereka di tempat yang tercorot dari segi keefisienan bandar.


Persepsi Responden Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Raya Kuala Lumpur Secara Umum

Majoriti responden yang ditemubual mengatakan bahawa bandar raya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya yang terbaik di Malaysia kerana mempunyai segala kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat di bandar tersebut. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bertaraf dunia seiring dengan bandar-bandar maju yang lain di dunia. Namun di sebalik kemajuan yang dicapai, masih terdapat banyak masalah yang melanda bandar raya Kuala Lumpur. Masalah-masalah seperti kebanjiran pendatang tanpa izin serta warga asing terus menghantui masyarakat sekeliling. Selain itu, masalah jenayah yang berterusan berlaku menyebabkan penduduk di bandar raya Kuala Lumpur hidup dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan.

0 comments: