CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

ULASAN KESELURUHAN KEEFISIENAN BANDAR

Setelah meneliti segala pandangan yang diberikan oleh responden berkaitan keefisienan bandar, maka dapat dirumuskan bahawa sesebuah bandar yang efisien ialah bandar yang mampu memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh penduduk di sesebuah bandar tersebut. Kemudahan yang diperlukan merangkumi kemudahan ekonomi, infrastruktur, utiliti, pengangkutan, perhubungan, landskap, sosial, perumahan, keselamatan dan sebagainya. Keperluan-keperluan ini menjadi tuntutan dan keperluan utama bagi setiap penduduk di sesebuah bandar. Kemudahan yang diperlukan oleh penduduk ini bagi membolehkan urusan seharian mereka berjalan dengan lancar ditambah lagi di zaman ICT ini yang memerlukan setiap tindakan dilakukan dengan cepat dan segera. Selain itu, keefisienan sesebuah bandar dapat diukur berdasarkan kemampuannya untuk mengatasi dan menyelesaikan segala masalah yang timbul. Dalam hal ini peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) sangat penting bagi memastikan keefiesienan sesebuah bandar.

0 comments: