Pengenalan Kepada Pembangunan Lestari
Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T.Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP). Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli akan menjadi lebih terserlah.RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan jangkamasa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan disamping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri : Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.
SUMBER : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Monday, November 17, 2008
Pembangunan Lestari
Posted by EFENDI (A118701) at 8:42 AM 0 comments
Labels: Informasi Dan Isu-isu Semasa
Sunday, October 26, 2008
Untuk Tontotan Umum (U)
Saksikanlah video di bawah ini yang memaparkan aksi-aksi serta kegiatan kami bertiga sepanjang menjalankan soal selidik dan kajian di Hulu Selangor...diharapkan anda terhibur dengan apa yang telah kami sediakan..
Posted by EFENDI (A118701) at 7:12 PM 0 comments
Labels: HASIL KAJIAN
Sepanjang Kajian...
Video ini memaparkan segala aktiviti dan perjalanan yang kami bertiga lakukan untuk menyiapkan tugasan kursus ini di Hulu Selangor. Saksikanlah...
Posted by EFENDI (A118701) at 6:48 PM 0 comments
Labels: HASIL KAJIAN, Video Kajian
Wednesday, October 15, 2008
Perjalanan Ke Hulu Selangor
Setelah sekian lama menunggu dan merancang, akhirnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan...hari yang dimaksudkan ialah hari di mana kami sekumpulan iaitu saya, Rashid dan Hasif akan menjalankan kerja lapangan kami di Hulu Selangor... Kerja lapangan ini diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil kursus SKAD2063 URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR...daripada undian yang telah dilakukan,kumpulan kami telah dipilih untuk menjalankan kerja lapangan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS)...
Pada tanggal 11 Oktober 2008 bersamaan hari Sabtu, kami sekumpulan telah bertolak ke Hulu Selangor pada jam 7 pagi dengan menaiki sebuah kereta. Maka bermulalah kerja lapangan kami bagi menyiapkan tugasan tersebut... kami telah memilih 3 bandar utama di daerah Hulu Selangor iaitu Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu..
Posted by EFENDI (A118701) at 8:25 PM 0 comments
Labels: HASIL KAJIAN
Tuesday, October 14, 2008
Pusat Rekreasi Dan Pelancongan Di Hulu Selangor
1) Kelab Golf Bukit Beruntung
2) Kelab Golf Serendah
3) The Woods Resort Hulu Yam Perdana
4) Air Terjun Sungai Sendat Hulu Yam Lama
5) Hutan Lipur Sungai Tua
6) Hutan Rekreasi Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu
7) Kolam Air Panas Hulu Tamu
8) Kelab Golf Kuala Kubu Bharu
9) Pusat Perlindungan Badak Sumatera Sungai Dusun
10) Homestay Desa Maju Sungai Tengi Hulu Bernam
..............Mari lah ke HULU SELANGOR......................
..............Kecil, Bistari dan Indah.....................................
Posted by EFENDI (A118701) at 8:07 AM 0 comments
Labels: Pengenalan Kawasan Kajian
Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Batang Kali ini perlu mendapt perhatian dan tindakan yang serius dari pihak berkuasa. Ini kerana kawasan rumah yang terbiar ini telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Lebih memburukkan keadaan jika rumah terbiar tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Ini sudah pasti menimbulkan masalah yang besar kepada penduduk terutama jika berlaku kes demam denggi mahupun denggi berdarah. Pihak berkuasa perlu mencari pemilik rumah tersebut samada ia milik persendirian atau pihak pemaju supaya tindakan yang tegas boleh dikenakan ke atas mereka.
Posted by EFENDI (A118701) at 7:51 AM 0 comments
Labels: Masalah Penduduk
Masalah Bekalan Air
Posted by EFENDI (A118701) at 7:42 AM 0 comments
Labels: Masalah Penduduk