CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

Rumusan Kajian

Setelah kajian dilakukan, inilah rumusan dan pendapat yang dapat kami berikan berkaitan kawasan kajian kami iaitu daerah Hulu Selangor.

Tuesday, November 18, 2008

Analisis Data SPSS

Setelah semua data dan hasil kajian telah dimasuk mengguna perisian SPSS, kini tibalah masanya untuk menganalisis data-data tersebut. Penganalisisan data SPSS tersebut akan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

i)Bahagian A - latar belakang responden
ii)Bahagian B - tahap keefisienan bandar
iii)Bahagian C - ranking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan PBT
iv)Bahagian D - pengalaman berdepan dengan ketidak-efisienan bandar
v)Bahagian E - pandangan umum penduduk tentang keefisienan bandar

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

DEMOGRAFI

Jantina



Jadual dan graf bar diatas menunjukkan bilangan serta pembahagian responden hasil daripada kerja lapangan yang dilakukan. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 45 orang yang tersiri daripada 27 orang lelaki (60%) dan 18 orang perempuan (40%). Ketidakseimbangan pembahagian responden antara lelaki dan perempuan tidaklah bermaksud bahawa kumpulan kami 'bias' atau melebihkan golongan lelaki tetapi adalah disebabkan golongan lelaki lebih mudah untuk didekati dan memberikan kerjasama.


Bangsa



Kumpulan kami telah berusaha untuk memberi keseimbangan dalam pembahagian responden mengikut bangsa. Hasilnya adalah seperti yang tertera dalam jadual dan graf bar di atas. Penduduk di Hulu Selangor majoritinya adalah berbangsa Melayu diikuti oleh Cina, India dan lain-lain. Seperti yang dapat dilihat dalam jadual di atas,responden dari kalangan bangsa Melayu adalah seramai 26 orang iaitu melebihi 50% daripada keseluruhan responden. Namun begitu, terdapat bangsa lain-lain yang turut menetap di Hulu Selangor. Justeru itu,kumpulan kami memutuskan untuk mencari sekurang-kurangnya seorang penduduk yang berbangsa lain-lain iaitu bangsa Sikh.


Tahap Pendidikan



Responden yang ditemubual oleh kumpulan kami mempunyai latar belakang tahap pendidikan yang pelbagai. Daripada analisis yang dibuat selepas kerja lapangan dilakukan, didapati sebilangan besar daripada responden yang ditemubual mempunyai latar belakang tahap pendidikan SPM/MCE iaitu seramai 21 orang atau 46.7%.


Negeri Asal



Data di atas menunjukkan taburan negeri asal responden. Memandangkan kajian yang dilakukan di daerah Hulu Selangor yang terletak dalam Negeri Selangor, majoriti responden merupakan penduduk asal negeri Selangor. Namun terdapat juga responden yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Pahang, Kelantan,Kedah,Perak dan Pulau Pinang.

BAHAGIAN B: TAHAP KEEFISIENAN BANDAR

Ekonomi Bandar

Dalam bahagian ini terdapat 19 subtopik. Perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan aspek keefisienan sektor-sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di bandar yang dikaji. Hasilnya dapat dilihat pada setiap graf di bawah yang telah dibahagikan mengikut sektor-sektor ekonomi.



















Kemudahan Masyarakat, Utiliti Dan Sosial

Bahagian ini akan lebih menumpukan kepada kemudahan yang disediakan untuk penduduk di sesebuah bandar. Kemudahan yang diberi penekanan iala kemudahan masyarakat,utiliti dan sosial. Daripada temubual yang dijalankan, majoriti responden lebih memberi penekanan terhadap aspek kemudahan pengangkutan dan perhubungan.



















Infrastuktur dan Utiliti

Bahagian ini memberi gambaran mengenai aspek infrastruktur dan utiliti di bandar yang dikaji. Rata-rata responden memberi respon bahawa kemudahan infrastruktur di Hulu Selangor masih banyak ketinggalan berbanding dengan bandar-bandar lain. Ini menyebabkan bandar tersebut kelihatan muram dan suram.