CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 26, 2008

Untuk Tontotan Umum (U)

Saksikanlah video di bawah ini yang memaparkan aksi-aksi serta kegiatan kami bertiga sepanjang menjalankan soal selidik dan kajian di Hulu Selangor...diharapkan anda terhibur dengan apa yang telah kami sediakan..

Sepanjang Kajian...

Video ini memaparkan segala aktiviti dan perjalanan yang kami bertiga lakukan untuk menyiapkan tugasan kursus ini di Hulu Selangor. Saksikanlah...

Wednesday, October 15, 2008

Perjalanan Ke Hulu Selangor

Setelah sekian lama menunggu dan merancang, akhirnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan...hari yang dimaksudkan ialah hari di mana kami sekumpulan iaitu saya, Rashid dan Hasif akan menjalankan kerja lapangan kami di Hulu Selangor... Kerja lapangan ini diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil kursus SKAD2063 URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR...daripada undian yang telah dilakukan,kumpulan kami telah dipilih untuk menjalankan kerja lapangan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS)...

Pada tanggal 11 Oktober 2008 bersamaan hari Sabtu, kami sekumpulan telah bertolak ke Hulu Selangor pada jam 7 pagi dengan menaiki sebuah kereta. Maka bermulalah kerja lapangan kami bagi menyiapkan tugasan tersebut... kami telah memilih 3 bandar utama di daerah Hulu Selangor iaitu Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu..

Tuesday, October 14, 2008

Pusat Rekreasi Dan Pelancongan Di Hulu Selangor

1) Kelab Golf Bukit Beruntung
2) Kelab Golf Serendah
3) The Woods Resort Hulu Yam Perdana
4) Air Terjun Sungai Sendat Hulu Yam Lama
5) Hutan Lipur Sungai Tua
6) Hutan Rekreasi Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu
7) Kolam Air Panas Hulu Tamu
8) Kelab Golf Kuala Kubu Bharu
9) Pusat Perlindungan Badak Sumatera Sungai Dusun
10) Homestay Desa Maju Sungai Tengi Hulu Bernam


..............Mari lah ke HULU SELANGOR......................
..............Kecil, Bistari dan Indah.....................................

Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Batang Kali ini perlu mendapt perhatian dan tindakan yang serius dari pihak berkuasa. Ini kerana kawasan rumah yang terbiar ini telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Lebih memburukkan keadaan jika rumah terbiar tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Ini sudah pasti menimbulkan masalah yang besar kepada penduduk terutama jika berlaku kes demam denggi mahupun denggi berdarah. Pihak berkuasa perlu mencari pemilik rumah tersebut samada ia milik persendirian atau pihak pemaju supaya tindakan yang tegas boleh dikenakan ke atas mereka.


Masalah Bekalan Air


Artikel ini dipetik dari akhbar Sinar Harian. Ia berkenaan masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bukit Beruntung. Seperti yang kita semua tahu, air merupakan keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan seharian. Bekalan air yang terjejas sudah pasti menimbulkan kesulitan kepada penduduk di kawasan tersebut. Dalam kes ini, pihak pemaju seharusnya dikenakan tindakan yang tegas kerana gagal menguruskan bekalan air kepada penduduk di kawasan seliaan mereka. Pihak PBT MDHS juga perlu memainkan peranan supaya masalah ini tidak berulang pada masa depan